Wednesday, October 3, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah.... kesyukuran yang tidak terhingga ku panjatkan kepada Allah swt. Sudah hampir 5 hari aku berada di daerah Ranau (Rumah Putera Harapan) Pelbagai perkara yang dapat ku pelajari dalam beberapa hari di sini. 29/09/2012 tepat jam 12.52 aku sampai ke Masjid pekan Ranau terus ku solat Zohor. Di sini aku mendapat makluman bahawa Saudara Sabri akan masuk ke beberapa buah kampung atas misi dakwah. Rombongan tersebut terdiri daripada Saudara Sabri, Ustaz Jaumin dan 6 orang pelajar di RPH yang berasal dari Kg Karagasan. Jam 3.47 petang Bertolak ke Kg Sumbilingon dalam perjalanan singgah sementara di Mukim Timbua, bertemu dengan masyarakat kg. Kemudian Solat Maghrib di Masjid Mukim Timbua. kemudian singgah di Kg Malinsau (perbincangan sementara ttg perancangan perjumpaan msykt kg untuk penubuhan kelas agama di surau Kg Malinsau). Sebenarnya malinsau adalah simpang utama ke kg karagasan. tapi kena pergi Kg Sumbilingon utk bermalam. Kemudian teruskan perjalanan dan bermalam di surau Kg Sumbilingon. Solat isyak n then tidur. (Alhamdulillah tidur yang sangat lena) 30/09/2012 Solat subuh berjemaah di Surau Kg Sumbilingon Perjumpaan dengan pengerusi surau dan bekas pengerusi surau (ketua kg) perbincangan tentang projek penanaman halia utk msyrkt kg dan permasalahan sekitar msrkt Muallaf di kg tersebut Alhamdulillah sempat menikmati pemandangan tanah 4 ekar yang diwakafkan demi penubuhan surau dan kelas pengajian Islam kemudian terus bergerak (jam 7.32), singgah sarapan di Kg Malinsau. Kemudian teruskan ke Kg Karagasan. Alhamdulillah sampai sekitar jam 9.23 pagi. Alhamdulillah sempat solat dhuha di surau Kg Karagasan. di sini sempat berbincang dengan Ustaz yang dilantik oleh Abim Ranau untuk mengajar penduduk di sini. Perbicangan lebih menjurus kepada pembesaran surau, pembinaan bilik untuk ustaz mengajar dan pengurusan kelas agama. Sempat juga melawat surau lama (yang ditubuhkan sekitar 80an lagi). Ustaz Jaumin yang bersama2 dalam rombongan menyatakan bahawa beliau pernah datang ke surau tersebut sekitar tahun 1983 (tahun ku lahir) melalui sungai Sugut. Memang hakikatnya surau tersebut sudah tidak mampu berfungsi dengan baik kerana kawasan sekitar sudah dipenuhi hutan. kami terpaksa mengambil masa hampir 22 minit untuk sampai ke surau tersebut, terpaksa melalui hutan dan denia-denai kecil serta melintasi sebtang anak sungai. yang menariknya di belakang surau, sekitar hanya 50 kaki terdapat sebuah rumah usang, di sini (pada akhir 90an) terdapat sepasang pasangan kekasih menggantung diri kerana hubungan cinta yang tidak direstui (dengar ceritanya mereka adalah sepupu 2x). kemudian kami meneruskan perbincangan lagi tentang aktiviti sukaneka dan aktiviti kemasyarakatan yang akan diadakan pada 06/10/2012. nampaknya saya tidak dapat mengikutinya kerana terpaksa balik awal. pada 04/09/12 saya ada ceramah di SMK Pekan Telipok. Jam 11.45 kami bertolak pulang dan singgah Solat Zohor di surau Kg Kaingaran. Kemudian singgah solat Asar di Kg Timbua. Ustaz Jaumin turun di sini. Alhamdulillah tepat jam 5.47 kami sampai kembali di RPH, Ranau.